Jun 4, 2012

TUDUNG LABUH

بسم الله الرحمن الرحيم




kalau gembira, carilah Allah,
kalau sedih, carilah Allah,
the best companion ever,
tapi saya pun ada untuk awak jugak,
insyaAllah.
^^

dulu saya bukan yang bertudung labuh, malah bukan seorang bertudung, mula bertudung penuh ketika di tingkatan 4 iaitu berusia 16 tahun, sekarang 21 tahun, semua insan tidak sempurna, tapi kita masih bisa untuk berubah, segalanya di tangan kita semua bukan? saya baru sahaja berhijrah ke alam bertudung labuh ini dan sentiasa berdoa agar terus beristiqamah, saya berubah berperingkat, dan ilmu agama saya tak setinggi mana lagi, apa yang betul kita contohi bersama, apa yang salah kita buang dan betulkan, andai salah dalam post ini, sila tegur yah sahabat! moga Allah membantu saya, kamu, dan kita semua untuk berubah.^^


“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” ( al ahzab, 33: 59)


[ada seorang hamba Allah tanya kepada saya :]
kenapa kena pakai tudung labuh? cukup tak sekadar pakai tudung biasa dan pin di bawah? labuhnya sekadar menutupi aurat.


[jawapan dari saya.:]
sebab untuk lebih berhati-hati, memang la sudah memadai menutup dada, tapi dari segi lain? jarang? pendek? dan keselesaan?
kalau pakai tudung pendek, bila tundukkan badan sahaja, sudah nampak bentuk tubuh, dan ia tidak menutup semua sisi. hanya menutup depan sahaja. tak secure. ok. itu pendapat saya. maaf andai tersilap, ^^


[ILPKL?]
pernah dengar tak? jujur tak pernah dengar, masa masuk sini pun agak terkejut sebab bilangan pelajar lelaki lebih ramai berbanding pelajar wanita, di sini banyak dugaan yang harus dilalui. Allah. insyaAllah boleh harungi dengan kuasa Allah. be strong! hampir 3sem di sini, Alhamdulilah. tak tahu nak luah macam mana, tapi terasa pelik, lain dan takut, andai melakukan salah, mudah saja orang kenal, rasa malu sangat oleh kerana kurang seperti saya, rasa macam nak tukar imej saja, tapi seorang sahabat saya yang belajar kat Jordan pernah cakap tak perlu berubah kerana manusia, tapi berubahlah kerana Allah, Al-Fatihah untuk arwah illham ellani. :) lin akan ingat nasihat lan sampai bila-bila. jangan pandang belakang! jangan pernah menukar tudung labuh itu kerana takut dipandang serong. kerana keadaan tempat kerja atau kerana sebab-sebab dunia. perlunya anda yakin, personaliti anda dalam bertudung labuh adalah satu kelebihan. 


[Cabaran mula bertudung labuh.]
Segelintir wanita berasa malu setelah melakukan perubahan sebab ada kawan-kawan yang memerli mereka apabila tampil dengan penampilan sebegitu. Ada yang pernah dipanggil ustazah. Ungkapkanlah alhamdulillah apabila dipanggil dengan panggilan sebegitu atau seumpanya. Andai diperli teruslah istiqamah dan apabila ditanya biarkan sahaja caci maki puji muji tersebut. Bersabarlah bersabarlah dan berdoalah moga Allah kurniakan kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut. 

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Hasan al Basri)

Ada yang tertanya-tanya wajibkah bertudung labuh?
Samalah dengan analogi tali pinggang keselamatan.

Tiada apa yang mampu saya katakan tapi cukuplah tudung yang dikenakan tidak jarang dan menutup dada.
Mintalah fatwa hati kalian.

Doakan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan 
(94 :5)

[penutup]
Muhasabah diri. Tidak dinafikan, terdapat juga golongan bertudung labuh yang kurang dari segi akhlaknya, tapi tidak semua. Maka, maafkan mereka, mereka baru bermula.

Ini pendapat saya. Terpulang~
Wallahualam.
Masih lagi bertatih.
^^

2 comments:

Anonymous said...

Luahan ikhlas.

Anonymous said...

moga terus istiqamah.