Dec 5, 2011

SEMOGA TENANG DI SANA SAHABAT




Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum. wbt.

Salam Ukhuwah wa mahabbah buat semua.
Bertemu kerana Allah jua kita di sini.
SubhanAllah.
Terlalu banyak dosa yang dilakukan cik empunya blog.
Yang baik itu segalanya dari Allah.
Dan yang buruk itu dari diri cik empunya blog sendiri.
Salam Mawaddah.
Muhasabah diri.

Innanillahi wa inna illahi roji un

As salam hari yang mendamaikan. Moga Allah tempatkan Mohd Illham Ellani bin Jamal di kalangan ahli syurga. Kini masa arwah dah sampai. Hari kita belum tahu. Allah jadikan kematian sebagai peringatan untuk kita yang masih hidup.

Allah tetapkan kehidupan arwah sebegitu sebagai tanda ingatan untuk kita. Hidup ini ada penghujungnya. Jadikanlah penghujung itu sesuatu yang indah untuk dinikmati.

Al-Fatihah buat arwah yang telah selamat kembali ke rahmatullah..semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan mereka yang soleh..rasa bagaikan mimpi ketika seorang sahabat menelefon dan menyatakan bahawa arwah dah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya..Ya Allah semoga Engkau tabahkn hati kami untuk menerima ketentuanMu ini..semoga air mata mereka dapat berenti mengalir..

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'aala yang telah menganugerahkan nikmat umur, yang merupakan nikmat yang paling mulia yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta'aala. Shalawat beserta salam semoga selalu dicurahkan Allah Subhanahu wa Ta'aala kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beserta keluarganya, para sahabatnya ridwaanulaahi ‘alahim ajma'in dan orang-orang yang mengikutinya sampai akhir zaman dengan kebaikan. Salah satu nikmat terbesar yang dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta'aala kepada hamba-Nya adalah
nikmat umur. Nikmat umur begitu agung karena dengan adanya nikmat ini seseorang bisa hidup dan menggapai jalan kebahagiaan atau jalan yang diinginkannya, sedangkan terhentinya nikmat ini maka berhentilah kehidupannya dan upaya seseorang untuk menggapai keinginannya.
~kullu nafsin za'ikayul maut~

embrace death...kematian itu satu pertemuan yang indah...bukan sesuatu yg menakutkan...

semoga tenang di sana sahabat. semoga cahaya akan terus bersinar.
tak perlu diri ini untuk merungkai segalanya kerana Allah lebih tahu.
syukran untuk kata-kata semangat.
Moga Allah sentiasa merahmatimu sahabat.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

kini ia kembali lagi, kembali menguji diri ini lagi. Mungkinkah ini ujian Ilahi buat diri ini? Ya Allah, kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku, redhakanlah jiwaku. Biarlah keikhlasan tetap bersemadi dlm diriku.

dari cahaya bintang pelangi untuk buLAN

No comments: