Dec 31, 2011

MAAF


Maaf

"Jika kita memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati kita dengan
ikhlas, kita pasti diberikan keajaiban yakni ketenangan hati. Memaafkan
menjadi sesuatu yg indah dan unik kerana kesembuhan yg dihasilkannya
boleh menghilangkan semua rasa sakit dan luka di hati biar parah mana
sekalipun luka itu."

Kata maaf boleh dimulakan setelah anda mempunyai kemahuan untuk
mendoakan orang yg menyakiti hati anda. Memberikan kemaafan adalah
penawar paling mujarab untuk melegakan rasa benci itu.

Memaafkan orang yg melukakan hati kita adalah sesuatu yg memeritkan
tetapi ada hikmah di sebalik peristiwa yg berlaku itu. Cubalah! Anda
pasti akan bahagia setelah memaafkan setiap kesalahan sesiapun yg
pernah anda sayangi, biar besar manapun kesalahannya terhadap kita,"biarkan air itu terus mengalir, perlahan atau deras itu bukan persoalannya, yang pasti sampah ketepi jua..."

No comments: