May 27, 2015

MASA ITU.

Kemas-kemas terjumpa air mineral ini. Ada cerita disebalik air mineral ini. Dapat daripada seorang budak semasa membuat aktiviti kebajikan. Ambil la kakak. Dia bagi kerana mungkin saya kepenatan mengecat pagar. Allahu. Tersentuh hati. Sanggup beri walaupun ketika itu dia sedang makan nasi yang berlauk pedas. Nak mengalir air mata. Tapi tahan. Sembang-sembang dengan dia. Saya banyak bertanyakan tentang kehidupan dia. Dia ditempatkan di situ kerana keluarganya kurang mampu. Rindu mak abah tak? Rindu. Saya nampak dia tertunduk bisu. Cepat-cepat saya mengubah topik. Dalam hati saya berbisik, akak pun rindu Allahyarham abah akak. Al-Fatihah. Moga ada hikmah dia atas apa yang terjadi. InshaAllah. Rancangan Allah itu baik sebenarnya untuk kita. Kita cuma perlu redha. Apa yang di atas bumi ini milik Allah. Ada rezeki kakak akan ke sana. Moga mereka di sana akan baik-baik saja. ^_°

No comments: