Jun 5, 2012

SABAR YER AWAK? DUGAAN.


Hidup Tanpa Ujian ibarat Hidup Tanpa Warna


khas untuk anda, anda, dan anda, terutama pelajar awal sem dan last sem ILPKL, yang kini sibuk menyiapkan portpolio. sabar yer kawan-kawan.

saya yakin tiap manusia pernah ditimpa masalah. cuma mungkin berbeza dari segi bentuk dan tahap ye bukan.

[sering kali kedengaran bahawa : `Dugaan ini terlalu berat, tak mampu nak tanggung rasanya. sabar aku ada hadnya`]

Salah.
kalau itu yang ada dalam pemikiran kita.
SABAR MANUSIA TAK PERNAH ADA HADNYA.
dan tak pernah ada ujian menimpa orang2 yang tak mampu menanggunggnya.


kalau alin ada masalah, alin akan ingat balik ayat ni, insyaAllah oke lepas tu, memang ambil masa. ^^

Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
(al-Baqarah, Ayat 286)

Ujian dan dugaan itu penyeri kehidupan, sebagai warna -warni yang memeriahkan perjalanan kita di dunia ini. Bukan sengaja ditimpakan pelbagai dugaan, tetapi dengan semua itulah yang akan menguatkan kita, meneguhkan langkah kita.  Sabar itu pahit, tapi hasilnya sangat indah.

Teringat lirik lagu UNIC-Aishah Humaira:

Tapi lihatlah hikmahnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan seorang insan 
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian
Takkan terhidu harum mewangi 
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup

Andai tak dilambung gelora  
setiap ujian tu sebenarnya memantangkan kite. :) 
dengan ujian tu la kita jadi manusia yang bersyukur sebenarnya...
dan ujian tu la nikmat hidup di dunia..tanpa ujian..kita takkan jadi seorang yang beriman..

Bak kata pepatah ujian tu ibarat kemeriahan.. eyh bukan.. macam nie, hidup ni tak meriah jika tak di uji.. Jika di uji tu maknanya ALLAH masih sayang pada kita..

No comments: