Jun 7, 2012

NORAMIERA BINTI ABD RAZAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Noramiera Binti Abd Razak

Alhamdulilah.
nafas yang tersekat dulu diganti dengan nafas baru.
tersungkur tak semestinya untuk selama-lamanya sayang.
jauh memikirkan irama dunia yang beralun mengetar qalbu.
dikala ilusi dan hakikat bersatu menjadi realiti.

untuk teman yang dalam dilema
alin tak tahu nak cakap apa.
tapi yang penting rasa sebak bila dapat tahu keputusan POSITIF.
mia sabar yer sayangg??

mia, ada seketika mia akan merasa resah dan hiba yang begitu mencengkam qalbu. semangat mia mudah goyah. perit rasanya menahan duka. namun, usah mia begitu terluka kerana mia akan dimamah duka. kelak pasti memakan diri sendiri. ingatlah, bahawa kita hanya merancang sahaja. takdir ALLAH adalah yang terbaik. mia harus redha dengan semua ini. anggaplah ia sebagai ujian untuk mengajar erti sebuah kesabaran. moga mia tak terhalang untuk bangkit dan terua berjuang dalam kehidupan ni sayang. 


Kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih memberi hal-hal yang positif daripada kelemahan.
Tidak ada satu kesusahan pun yang menimpamu melainkan suatu saat akan berlalu kemudian tersingkaplah tirai kebahagiaan.

Jangan takut JATUH, kerana tak pernah memanjatlah orang yang tak pernah JATUH! Jangan takut GAGAL, kerana orang yang tak pernah GAGAL itu adalah orang yang tak pernah mencuba! Jangan takut SALAH kerana kesalahan pertama kita dapat mencari kebenaran pada langkah kedua!
~Hamka~



dirimu teman yg baik
jika dirimu menapak ke syurga sebelumku
tunggu la daku dipintu syurga
andai dri ini menapak ke syurga
akan ku pinta pada yang maha satu



ya ALLAH ya rahman.. dia adalah SAUDARAku,,,
di dunia dan akhirtku...
tarbiyahnya membantu ku untuk terus menyintai MU
alunan ayat-ayat cintaMU dari bibirnya
buat driku kuat..
dia sahabtku,, izinkan dia bersamaku''



1 comment:

Anonymous said...

apabila kia REDHA dgn sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka :)