Jun 4, 2012

KERINDUAN U YANG JAUH


Bismillah, walhamdulillah, Assalammualaikum warahmatullah.
saat jari menaip papan, hati mengukir senyuman, mata menahan sebak.


gembira menjadi puteri abah. ^^


Terima kasih abah, diri ini sangat gembira menjadi puterimu.
Didikan abah sangat berguna buat baby kini.


baby tidak malu apabila hendak mengaku anak abah.
bahkan ketika ramai yang mengatakan baby anak manja ma dan abah.
bagi mereka manja kerana panggilan mesra ma dan abah kepada baby.
tapi jujur yang layanan ma dan abah sama rata untuk kami ber5. 
^^
percaya atau tidak, apabila anda rapat dengan ibu bapa anda, anda telah mencipta satu kekuatan yang luar biasa, ini kerana di saat itu, anda berusaha menggembirakan hati mereka tanpa anda sedari.


kini abah dah tak ada, jauh meninggalkan baby dan yang lain. 
*sedih dan sebak pulak rasa~*
banyak perkara yang kami kena buat sendiri sekarang tanpa pertolongan dari lelaki.
oleh kerana ahli keluarga semua wanita.
boleh ker wanita buat kerja?
insyaAllah boleh kan?
kita buat dia, bukan dia yang buat kita.


baby masih ingat lagi suatu ketika,
selepas abah pergi,
baby dah tak nak pergi sek, sebab nak temankan ma.
Allah! -tiada kata yang mampu ungkap rasa ini!- ~_~
ma ta larat nak angkat tong gas yang penuh.
masa tu rasa nak nangis jer.
tapi baby kuatkan diri untuk angkat tong gas tu.
Alhamdulilah baby mampu!
jujur rasa sakit dan penat.
tapi kan?
baby rasa gembira dan seronok sebab dapat tolong ma.
thank to Allah! :)


baby rindu abah sangat
sekarang baby anak yatim


semoga rahmat, barakah dan perlindungan Allah sentiasa buatmu abah baby.
insyaAllah.
^^
~_~

No comments: