diselubungi bingung, resah. becelaru memikirkan tatkala dilayakan  kembali memori pahit itu. antara nafas dihela berat bersalut debaran  yang tidak kunjung padam. keruh gara-gara terpeciknya kenangan silam  yang hadirnya tidak diundang. lantas, segala-galanya serba muram, sepi,  hanya ditemani tangisan sendu sedan. bahana berputik semula seraut luka  yang selama ini tertutup rapi. pertenangan jiwa yang sengaja didamaikan.  debaran masih sarat mengisi dada. terlihat seorang tua terkedang lesu  di atas sebuah katil serba putih. wajah tua itu tampak amat pikun  menanggung derita jiwa. kesakitan dari pelbagai penyakit yang ditanggung  begitu jelas terpamer lewat nafas yang dihela lesu. mata ini  terkebil-kebil menahan manik putih jatuh ke pipi. namun tanpa disedari  ada goresan kesal penuh di mata ini. mata ini berkaca-kaca! bisik di  dalam hati kesian dia. semoga tetap kuat!  tidak perlu aku nyatakan siapa watak itu. kerana aku pasti kamu kenal siapa dia! dia yang menahan sakit perit. mungkin itu takdir baginya.   baby  rindu abah sangat2.rindu nak picit kaki abah.rindu nak pakaikan abah  stokin.rindu abah panggil baby!sampai hari ini ianya masih terngiang2.Dec 17, 2010
KERINDUAN ITU SATU UJIAN
diselubungi bingung, resah. becelaru memikirkan tatkala dilayakan  kembali memori pahit itu. antara nafas dihela berat bersalut debaran  yang tidak kunjung padam. keruh gara-gara terpeciknya kenangan silam  yang hadirnya tidak diundang. lantas, segala-galanya serba muram, sepi,  hanya ditemani tangisan sendu sedan. bahana berputik semula seraut luka  yang selama ini tertutup rapi. pertenangan jiwa yang sengaja didamaikan.  debaran masih sarat mengisi dada. terlihat seorang tua terkedang lesu  di atas sebuah katil serba putih. wajah tua itu tampak amat pikun  menanggung derita jiwa. kesakitan dari pelbagai penyakit yang ditanggung  begitu jelas terpamer lewat nafas yang dihela lesu. mata ini  terkebil-kebil menahan manik putih jatuh ke pipi. namun tanpa disedari  ada goresan kesal penuh di mata ini. mata ini berkaca-kaca! bisik di  dalam hati kesian dia. semoga tetap kuat!  tidak perlu aku nyatakan siapa watak itu. kerana aku pasti kamu kenal siapa dia! dia yang menahan sakit perit. mungkin itu takdir baginya.   baby  rindu abah sangat2.rindu nak picit kaki abah.rindu nak pakaikan abah  stokin.rindu abah panggil baby!sampai hari ini ianya masih terngiang2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment