Oct 24, 2010

CINTA


.Cinta Akan tiba saatnya jua Lidah kita sama-sama kelu untuk tidak lagi berkata tentang cinta.

cinta tanpa kata-kata seperti embun dan pagi,
cinta seperti bulan dan bintang,
cinta seperti api dan bara,
daku telah memilih untuk cinta itu,
bukan cinta untuk melampiaskan nafsu,

APA ITU CINTA?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

*CINTA ITU INDAH ANDAI KITA TAHU ERTINYA*


No comments: