May 10, 2010

EPILOG..


bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu'alaykum wbt..
Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..
subhanallah..maha suci ALLAH..
terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..
terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..
selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..
yang baik itu segalanya dr ALLAH..
dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..
salam mawaddah..

Benar hidup ini satu kembara,dan pengembaraan ini bukannya mudah,umpama satu perjuanga,pasti ia ada ujian,ada getir dan ada sengitnya,Hanya mereka yang berjiwa kental tidak akan tersungkur pada kekalahan,Jika terjerumus pada kali pertama,kemudian bangkit,itu menjadikan hidup lebih manis dan matang.

Ya Allah,sampaikan salam rindu ini pada abah.Moga abah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.Tidak sedetik pun ana bernafas tanpa merindunya.Alangkah pedihnya rindu ini.Masih terhidu harum air mawar dan masih teringat-ingat betapa sejuknya dahi abah.Ana masih ingat detik itu.Abah,hajat hati ini ingin terbang memacu langit,namun,jiwa ini tetap tidak mungkin melupakan sarang.

Hujan makin mencurah-curah dari cucur atap rumah.Beberapa kali ana beralih,sekejap ke kanan,sekejap ke kiri.Ana bagai takut terlarut dalam lena yang ganas.Beberapa kali terjaga,mengapa mimpi itu tidak datang.Ingin sekali menatap wajah abah yang berseri.Ingin sekali ana memeluk dan mengucup dahi itu dengan sepuas-puasnya.

Sejak abah pergi,ana kehilangan separuh jiwa.Sebahagian rohnya juga terasa bagai terawang-awang antara langit dan bumi.Ana kehilangan kekuatan dan pasak gelegar!terasa jantung ana bagai berhenti berdegup.

Ya Allah,ENGKAU sahaja yang mengetahui rahsia segala alam ini.

Ya Allah,ana sudah tidak tahu kepada siapa patut ana mengadu,kepada KAU ana berpaling kepada KAU ana berserah.Ya Allah,ENGKAU Yang Maha Agung lagi Maha memahami,ana pasrah segala-galanya.Ana mohon agar ana diberikan kekuatan..

"TUHAN-ku,janganlah ENGKAU tinggalkan daku seorang diri padahal ENGKAU TUHAN yang paling baik daripada segala orang yang mewarisi"

Doa Nabi Zakaria itu bergetar di dalam hati,mencipta zikirullah dan mersap ke dalam jiwa.Ana benar-benar berserah.

Ya ALLAH,apakah ini ujianMu?Kuatkanlah hati ini!Hujung baju ana basah dek air mata.T_T.

Ya ALLAH,apakah ini cubaan dariMU?Ana memanjatkan doa di dalam hati Ya Allah..

hari ini genap 100 hari pemergianmu abah....
Al-Fatihah..

2 comments:

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi said...

jagn putus asa~putus asa tu sifat asal org kafir~ada dlam surah Yusuf,ayat 87~~~

*insyaAllah semua kan jdi ok~
makin kuat agama sseorang tuh,makin besar musibah dia~~

Cik Cahaya Kasih Ilahi said...

salam..syukran zaki..insya-Allah..amiin..

moga Allah kuatkan diri ini..