Mar 28, 2010

BINGKISAN HATI

bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum wbt..
Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..
subhanallah..maha suci ALLAH..
terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..
terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..
selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..
yang baik itu segalanya dr ALLAH..
dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..
salam mawaddah..

ALLAH maha adil bagi ana :)

alhamdulillah..ALLAH kurniakan ana akal untuk berfikir..ALLAH kurniakan ana keluarga yang sempurna..ALLAH kurniakan ana kesihatan tubuh badan yang lama..ALLAH kurniakan ana negara yang aman damai..ALLAH kurniakan ana perasaan yang normal..semua sama dengan makhluk ALLAH yang lain..

selepas kehilangan orang yang tersayang segala-galanya berubah..tapi bape lama lagi ana terus hanyut dengan kehilangan tersebut..ana betul sayangkan dia cintakan dia..dia seorang yang sangat baik..terlalu sangat..huu..ana sangat merindukan dia saat ini..
rindu nak manja-manja dengan dia..dan yang paling ana rindu bila dia memanggil lembut nama ana.."BABY"..

hurmm..saat menaip ketika ini jatuhnya manik2 halus ke pipi tanpa segan silu..
YA ALLAH..kuatkan lah hati hambaMu ini..t_t..

abah..dah hampir sebulan lebih abah tinggalkan baby sekeluarga..
ouh betapa peritnya kami sekeluarga mengharungi hidup tanpamu..

abah..baby mintak maaf sebab tipu abah..tapi baby buat macam tu sebab nak temankan abah pergi hospital~huu..ingat lagi x masa 2?

abah!
nak ikut!
tapi abah tak bagi..
masa tu baby ponten sekolah sebab nak temankan abah au..
habis naik pening kepala anak abah ni memikirkan apa alasan yang hendak digunakan..
haa!
tiba2 ALLAH bagi nikmat itu..
abah,,kita tak pergi sekolah sebab kita cirit birit,,:)
lepas 2 abah jawab..
tak payah la nanti menyusahkan abah nak berhenti2..hee..
walau apa2 pun berjaya jugak budak ketot ini memujuk abah!
yeah3..dapat pergi..

sampai je hukm~
ana mesej sahabat ana yang belajar kat area situ~
hajat di hati nak jumpa beliau sebelum beliau pergi Mesir~
tapi xde rezeki sebab beliau cuti..
xpe2..janji dapat temankan abah!
baby syg abah!

tapi..
itulah kali terakhir baby naik kereta yang dipandu oleh abah~huu..
selepas 2 abah dah tak boleh bawak kereta dah..dan buat selama2nya~

abah kena masuk hospital~
ketika abah kat hospital dengan mak..
baby selalu on9 fb dan ym..
sambl bercerita dengan sahabat2..
alhamdulilah..mereka baik!mereka banyak memberikan kata semangat untuk baby~

sebenarnya banyak sangat nak cerita tapi air mata ini tidak henti2 untuk mengalir~
mata ini dh merah dah..
abah2..
hari ni besday kak farah~
selalu abah akan ucap~
tapi untuk tahun ini tiada lagu ucapan dari bibirmu~
T_T
huu..
:((((

Ya Allah.sampaikan salam rindu pada abah.moga abah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.tidak sedetik pun aku bernafas tanpa merinduinya.alangkah pedihnya rindu ini.masih terhidu harum air mawar dan masih teringat-ingat betapa sejuknya dahi abah.aku masih ingat detik itu.abah.hajat hati ini ingin terbang memacu ke langit.namun.jiwa ini tetap tidak mungkin melupakan sarang.

kenangan bersamamu akan ku kuncikan dalam kotak memori hatiku..supaya ianya sentiasa di ingatan buat selama-lamanya..



abah..masih ingat tak?ini baju terakhir yang baby pergi melawat abah..tak sangka pulak pada ketika itu,kali terakhir baby dapat berhubung dengan abah~

ujian,memang perit,menangislah jika itu yang perlu..tetapi ketahuilah..sabar itu lebih indah..

syukran kepada sahabat-sahabat ana yang sentiasa di sisi ketika ana memerlukan sokongan daripada kalian..semoga ALLAH dapat membalas jasa baik kalian semua..

Sahabat mewakili suatu kekuatan. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan..[khas untuk anda yang selalu mewarnai hati ini]

2 comments:

permata said...

ccki..saya ade entry utkmu..moga x kesah..di blog permataIlahi.blogspot.com

Cik Cahaya Kasih Ilahi said...

salam..syukran atas entry tersebut permata..terharu..semoga kamu sentiasa diredhaiNya~:)

salam ukhuwah sayang..